« lift | Main

apa penedapat korang pasal memandu?suka?thrilling?tak ada perasaan?atau benci mcm aku?

tiap2 hari berlumba2 untuk sampai tempat kerja.yang lambat sibuk mencelah2.bahaya!yg kepala angin sibuk menghimpit2.gila!

sekarang musim sukma di terengganu.macam yg diduga,jalan memanjang sesak.maklum sekarang cuti sekolah.majoriti keluar makan angin.tapi tolong lah...bukan di jln raya!

jln alternatif ke kampungku adalah jln rahsia.terkenal di kalangan masyarakat setempat sahaja.org 'luar' tak ramai yg tau.bagiku mujur sekali.walaupun pada pandangan umum,tidak terkenal sama ertinya dengan mundur,namun aku lebih suka begitu.maju tak bererti hutan2 harus togel,jalan harus berlapik tar.itu fikiran lapuk.

namun kebelakangan ni ketenangan jiwaku di saat membelok ke laluan rahsia itu begitu tercabar sekali.jalannya sedia gelap,tuntutan kerjaku sering memaksa aku pulang di kalaa matahari sudah tenggelam.berlopak2 dan banyak sekali lori 'hantu' yg mengangkut batu dari kuari berdekatan.namun aku ssudah kalih pada itu semua.malam ini sederetan kereta dengan mengacung lampu putih nan sayup tingginya mencabar penglihatanku yg sememangnya sedia lemah ini.berpinar2, nyaris keretaku terjun ke dalam lombong tanah liat.jika tidak sudah pasti aku menjadi sebahagian dari batu bata yg membina rumah kalian.nauzubillah.pokok pangkalnya,dari mana rombongan itu tau jln pedalaman kesayanganku ini?

yg bermotor tidak kurang hebatnya.mencilok2 di celahan kereta.mengundang maut?ya.namun aku lebih beri perhatian bagaimana akan ku angkut badan berlumuran darah hasil langgaran kejapku ke hospital.dan pasti yg membawa kenderaan lebih besar yg bersalah!kereta lwan motor, kereta salah.kereta lawan lori,sudah pasti lori yg salah!begitulah tanggapan umum masyarakat.

itu cuma muqaddimah.akan kusambung lagi kisah 'aku benci memandu' di lain kali kerana malam semakin hitam pekatnya.if u want to share bad driving experience,feel free to do so. my aim is to reduce road traffic accident as we lost a lot of life on the road,more than we do in the battlefield.read between the lines.we lost valuable human resource and moreso,provide plenty of workload to my line of duty!if u are concerned about this please,let us do something.

                            

Comments

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .